Bengkel Kemahiran Literasi Maklumat Belia
26 Jun 2018 | Aktiviti Terkini
Pada 25 Jun 2018 bersamaan hari Isnin, Pusat Internet Engkilili dengan kerjasama Perpustakaan Majlis Daerah Lubok Antu, Engkilili telah mengadakan Bengkel Kemahiran Literasi Maklumat untuk belia di Engkilili. Bengkel ini dihadiri seramai 10 orang belia di Engkilili.
Bengkel Kemahiran Literasi Maklumat pada kali ini memfokuskan pembelajaran mengenai asas Internet dan Emel. Peserta kemudian diajar bagaimana cara untuk membuat akaun emel mereka sendiri iaitu menggunakan Gmail. Peserta juga diajar tentang fungsi Google drive. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan perbankan online dimana peserta diajar untuk mendaftar akaun CIMBClick secara online.
Bengkel Kemahiran Literasi Maklumat ini berlangsung selama 3 jam iaitu bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: